Ini Qisah HaLLiQa' ini kisah HaLLiQa: Kem pembinaan Insaniyah dan kepimpinan pelajar

Followers

Kem pembinaan Insaniyah dan kepimpinan pelajar

Assalamualaikum ..

pada 24 - 26 Februari , hari jumaat hingga hari ahad , saya dan 39 lagi orang kwn saya , pergi ke Pasir Panjang . Suka . ? Takut . ? sedih . ? entahlah , perasaan ku waktu itu bercampu-campur .. suka sbb dapat mnyertai kem itu , takut sbb tempat kami kem di tengah-tengah hutan, sedih , sebab nak tinggalkan family , masuk je bas, dah menangis dah .. rindu dekat emak & abah .. rindu nak dengar suara adik2 .. macam mana nak msuk asrama nanti . ? hehe :)
kami tiba dalam pukul 3.30 gitu , Aktiviti lasak yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana semua jurulatih dihantar ke Melaka. Hujan turun menyukarkan  kami membuat aktiviti seperti flying fox. Inilah perancangan Allah.Ia diganti dengan taklimat ringkas, pemilihan pak ketua, mak ketua dan pak imam. Kemudian disusuli dengan selawat tobibiyyah.40 orang pelajar dibahgikan dalam 4 kumpulan diketuai oleh ketua dan penolong ketua. Mereka akan menjaga barang yang telah diserahkan termasuk telur mentah dan dibawa semasa program berjalan. Jika terdapat kehilangan, kerosakan...ketua yang akan didenda. aku . ? dilantik sebagai penolong kumpulan je , tapi , tanggungjawab tetap besar !.
     Keesokan harinya , setelah solat subuh & bersarapan , kami dibawa ke dalam hutan untuk mencari beberapa barang . SUBHANALLAH ! indah sungguh ciptaan ALLAH , menghirup udara segar .. penat . ? mestilah , jauh pulak tu .. tapi memang best !
 Pada petangnya pula , kami pergi ke padang , bagi pelajar lelaki , mereka bermain futsal bersama para fesilitator , yg perempuan pula bermain bola tampar dan netball . Sememangnya , hari sabtu meupakan hari yang paling letih buat kami.
Pada malamnya pula , merupakan malam yang sedih bagi aku dan kawan2 . Pak ketua , mak ketua , ketua & penolong kumpulan didenda kerana terlalu banyak amanah yang tidak dijaga. Fail hilang..telur pecah, panji yang buat hilang dll. pak ketua kena bumping , mak ketuakena ketuk ketampi , ketua & penolong kumpulan kena berdiri satu kaki . tapi , yang amat memilukan pabila pak & mak ketua kena denda sampai jatuh2 . time tu , aku nak je sambut mak ketua dan meminta kpd ustaz agar mnghentikan denda itu . tapi , aku takutt , aku takut kalau aku sruh ustaz mmberhentikannya , nnti mereka2 yg kena denda kena tambah lagi dendanya .. akhirnya , kawan2 aku yg x didenda itu , segera pergi dkt ustaz dan mmberhentikannya . Kesian mereka ..tapi , walaupun didenda , kem tu sangat bestt .. suka sangat ..ustaz cakap '' Denda itu tandanya kasih sayang '' . ye betul sangatt .. malam tu , tiba-tiba pulak lemah semangat .. kenapa . ? hanya ALLAH sahaja yg tahu .
       pada hari ahad , hari last kami disana ..rasa mcm kejap je  . lip lap lip lap .. dah nak balik dahh .. time di dalam bas .. sewaktu , kami saling membalas lambaian , sayu je rasa , macam nak nangis je .. cover cover ^^
mula mula , ingat kan kem tu , x best .. rupa-rupanya best sangat .. x dapat digambarkan mcm mne best nye di sana ..
         kat sana , saya diajar mcm mne nak mnjadi seorang pemimpim yang bertanggungjawab & amanah . memandangkan di sekolah saya memegang jawatan sebagai PENOLONG KETUA PENGAWAS, jadi saya akan mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah diajar disana untuk sekolah . InsyaALLAH !







Like dan Komen Jika Sudi

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen